WPP plc

WPP plc ialah sebuah syarikat pegangan multinasional United Kingdom. Perniagaan utamanya termasuk komunikasi, pengiklanan, hubungan am, teknologi, dan perdagangan. Syarikat ini beribu pejabat di London, England. Sehingga 2019, WPP dikenali sebagai syarikat pengiklanan terbesar di dunia.[5] WPP plc memiliki sejumlah anak syarikat, yang bergiat aktif dalam sektor pengiklanan, hubungan am, media, dan rangkaian penyelidikan pasaran, seperti AKQA, BCW, Essence Global, Finsbury, Grey, GroupM, Hill+Knowlton Strategies, Kantar Group, Mindshare, Ogilvy, Wavemaker, Wunderman Thompson, dan VMLY&R. Syarikat ini merupakan salah satu dari empat agensi pengiklanan terbesar di dunia, selain Publicis, Interpublic Group of Companies, dan Omnicom.[6] WPP tersenarai di Bursa Saham London dan sahamnya merupakan salah satu komponen dari Indeks FTSE 100.[7] Perusahaan ini juga mempunyai senarai sekunder di Bursa Saham New York.[8]Pada 14 April 2018, Martin Sorrell bersara selepas 33 tahun bekerja di syarikat ini. Roberto Quarta kini memegang jawatan sebagai pengerusi.[9] Sementara Mark Read memegang jawatan CEO WPP.[10]

WPP plc

Pendapatan operasi £1.295,9 juta (2019)[2]
Industri
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Pendapatan bersih £707,1 juta (2019)[2]
Bilangan pekerja 130.000 (2019)[3][4]
Anak syarikat
ISIN JE00B8KF9B49 
Perancang utama
  • Roberto Quarta (pengerusi)
  • Mark Read (CEO)
Ibu pejabat London, England, United Kingdom
Laman sesawang www.wpp.com
Pengasas Martin Sorrell (sebagai sebuah syarikat pengiklanan)
Ditubuhkan 1971; 49 tahun yang lalu (1971)
(Wire and Plastic Products plc)
1985
(Pemerolehan oleh Sorrell dan masuk ke bisnes periklanan)
Hasil £13.234,1 juta (2019)[2]
Didagangkan sebagai LSE: WPP
Komponen FTSE 100
NYSE: WPP
Jenis Awam
Perkhidmatan
  • rangkaian terintegrasi
  • media
  • data dan wawasan
  • perhubungan am dan urusan awam
  • perundingan jenama
  • penerbitan
  • kesihatan dan kecergasan[1]

Rujukan

WikiPedia: WPP plc http://www.adweek.com/news/advertising-branding/wp... http://www.londonstockexchange.com/en-gb/pricesnew... http://www.nyse.com/about/listed/lcddata.html?tick... http://www.wpp.com/wpp/about/whoweare/history.htm http://www.wpp.com/wpp/about/wppataglance/ http://www.wpp.com/wpp/investor/financialnews/2015... http://www.picquot.co.uk/history.htm http://www.stockopedia.co.uk/news/announcement/WPP... https://adage.com/article/agency-news/mark-read-an... https://www.adweek.com/brand-marketing/this-timeli...